Monday, December 21, 2009

Latihan Kecemasan Pesawat LTABL - 2009


 Mangsa kemalangan Boeing 737-400 Raya Airlines

Helikopter Tentera Udara Di-Raja Malaysia

Gambar kenangan BSMM Latihan Kecemasan Pesawat LTABL 2009


Bayan Lepas – 16 Disember 2009, Kemalangan kapal terbang telah berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, kejadian berlaku kira-kira pada pukul 1.20petang, Kemalangan membabitkan pesawat Boeing 737-400 milik Raya Airlines dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke LTABL dengan membawa 48 penumpang dan 7 anak kapal. Kejadian berlaku diakibatkan oleh kerosakan system hidraulik pada system tayar pesawat tersebut dan terhempas ke kanan landasan lalu terbakar. Kerja memadam api oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat mengambil tempoh masa 2 minit untuk memadam keseluruhan kebakaran tersebut. Seterusnya operasi menyelamat mangsa-mangsa di teruskan oleh pihak BSMM, St.John, Jabatan Pertahanan Awam (JPA) dan lain-lain agensi. Pegawai penyelamat mengesahkan seramai 10 maut dan 40 cedera.

Latihan nie sebenarnya latihan yang ke berapa ntah yang aku ikuti???? latihan ini sebenarnya satu latihan di mana semua agensi-agensi yang terlibat dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dapat melakukan persediaan apabila berlaku kejadian sebenar. Tapi bagi latihan kali ini amat menarik kerana melibatkan unit helikopter Tentera Udara Di-Raja Malaysia (TUDM), yang bestnye aku dapat meghampiri ke helikopter tersebut untuk hantar mangsa ke heli tue... tapi gerun gak beb, maklum le kipas nye sikit nye besar. Andai kata terkipas kepala aku time tu, huh.. Pe2 pun latihan nie leh tahan le





Friday, September 18, 2009

Majlis Perasmian Ops Stand-by Raya 2009

(Dari Kiri : Musli, Zainal, Cindy, Muthu)




18hb September 2009, Pulau Pinang - Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) telah melancarkan Ops Stand-by Perkhidmatan Ambulan 24jam sempena Hari Raya Aidilfitri 2009 di sekitar Pulau Pinang. Perkhidmatan Ambulan Kecemasan ini bermula dari 18hb-23hb September 2009 sahaja.

Perasmian bermula pada pukul 9 pagi, bertempat di Ibupejabat BSMM Cabang SPU.

Kali ini aku hanya melaksanakan 1 shift je tahun nie di Cabang Pulau (19hb September 2009, masa :0000-0800) shift kali ini melibatkan 4 anggota iaitu Zainal (Ketua), Mustakim, Musli & Muthu (AMA)...

Sunday, August 16, 2009

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)



15hb Ogos 2009., Telah genap 61 tahun penubuhan GPMS. Taniah dan syabas buat GPMS serta semua pucuk pimpinan serta ke semua ahli-ahli GPMS....
" Belajar Terus Belajar"


Sejarah Penubuhan GPMS...

Kemunduran bangsa Melayu di bidang ekonomi, sosial dan politik telah menjadi pendorong yang kuat ke arah penubuhan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) pada 14 dan 15 Ogos 1948. Atas hasrat untuk mengatasi segala kekurangan tersebut maka telah berkumpul beberapa orang pelajar Melayu Maktab,Raffles dan Maktab Perubatan Singapura bagi menaja penubuhan sebuah badan pelajar Melayu peringkat kebangsaan yang bertujuan untuk menggabungkan semua badan pelajar yang sedia wujud ketika itu.

Kesedaran orang Melayu khususnya di kalangan pelajar tentang kemunduran dalam tiga (3) lapangan hidup tersebut telah bermula sejak awal tahun 1900 lagi. Sekitar tahun 1906 satu percubaan radikal untuk merubah cara fikir dan nilai-nilai hidup yang dianggap merugikan seperti halangan yang dikenakan kepada anak gadis untuk bersekolah dan sikap yang tidak menggalakkan anak-anak muda yang terdidik di Timur Tengah. Ada pun yang anak-anak tersebut dan yang terkemuka ialah Syed Al Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Syed Salim Al Kalali.

Di bidang ekonomi pula, seorang pemikir muda iaitu Zainal Abidin Ahmad (Za'aba) telah menulis satu rencana khas tentang kemiskinan orang Melayu sebagaimana yang tersiar dalam Al Ikhwan pada 16 Mac 1927. Manakala di bidang politik telah bangkit satu angkatan pelajar dari Sultan Idris Training College (SITC) yang telah bekerja keras dalam usaha mereka membebaskan negara dari belenggu penjajahan. Dengan mendapat asuhan semangat dari guru-guru muda seperti Abdul Hadi Hassan dan Harun Aminurashid, para pelajar tersebut yang diketuai oleh Ibrahim Haji Yaacob telah merintis perjuangan siasah secara kolektif.

Walau bagaimanapun, semua tuntutan dan perjuangan tersebut telah menjadi semakin berkesan hanya setelah tamatnya Peperangan Dunia Kedua, di mana pada masa itu satu kesedaran nasionalisme telah menjadi social force akibat berlakunya penyebaran idea mengenai kemerdekaan dan pembangunan. Kemenangan Jepun dalam peperangan tersebut dan hasrat Inggeris untuk menjadikan Persekutuan Tanah Melayu sebagai negara jajahan dengan konsep 'Kesatuan Malaya' telah menumbuhkan secara spontan satu peribadi Melayu yang mementingkan rasa ketuanan di negara sendiri.

Sebenarnya GPMS telah pun melalui empat (4) peringkat masa iaitu dengan penubuhan beberapa kumpulan pelajar Melayu yang dengan sedar telah berusaha meningkatkan kualiti pelajaran dan pendidikan orang Melayu.

Peringkat Pertama ialah pada tahun 1937 di mana telah tertubuhnya 'Malay Boys League' di Penang Free School ; Kedua, pada tahun 1945 dengan tertubuhnya 'Kesatuan Penuntut Melayu Victoria Institution' ; Ketiga, pada tahun 1947 iaitu dengan tertubuhnya 'Kesatuan Penuntut Melayu Selangor' ; dan Keempat, pada tahun 1948 apabila tertubuhnya 'Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)'.

-GPMS Cawangan Bukit Gelugor, Pulau Pinang-

Thursday, July 30, 2009

V60 HAM Community Bersama Sifu 9M2FK

Nie kira gambar kita orang lepas menjalankan program "Fox Hunter Penang Open 2009" dekat Waterfall-Youth Park, Penang, kalau sape-sape Qsl le.... Keadaan pada pagi tersebut telah di limpahi dengan hujan yang membawa rahmat... Tapi program terlaksana dengan jaya nye le... Pe2 pun program tersebut gempaq... Cheeriooo

Berdiri Dari Kiri: 9W2XRT (Bdk Hutan), 9M2FK (Pak Heshi), Bdk 88, Bdk Mamak, Doggy, 9W2RAY (Bdk Hitam), Bdk Ensem.

Duduk Dari Kiri: 9W2ZWZ (Bdk Hamna), 9W2VAD (Bdk Kargo), 9W2WOC (Bdk Relay), 9W2NOC (Bdk Kawah)